Rabu, 30 November 2011

ADIK IZWAN

Assalammualaikum wbt.. hari ini, hari yang amat menyentuh jiwa saya.. Sudah lama tidak menulis kembali menulis selepas melalui kisah yang sangat menyentuh hati.
 
Alhamdulillah.. Hari ni ada misi ke masjid pulau samak untuk berjumpa dengan imam bagi berbincang mengenai program yg terdekat..
Sampai di sana, sedang membuka  kasut, sesorang yang saya ingin jumpa kelihatan.
 
Seorang kanak-kanak istimewa, yang sebelum ini saya terlalu ingin jumpa, kelihatan. Memang tahu adik ini tinggal berdekatan masjid ini.
 Ternampak adik ini sedang dimarahi oleh pakcik di masjid kerana baru lepas beri makanan kepada ikan.
 
Pakcik : "Buat apa makanan ikan tu!!"
adik : "Baru lepas beri makanan ikan, nak letak balek kat motor"
Pakcik: "Jangan Jatuh!!"
adik : "Baik pakcik"(terus melemparkan senyuman walaupun dimarah) sambil pergi meletakkan makanan ikan
 
Kejadian itu amat membuat saya tidak puas hati, timbul persoalan di hati,"kenapa perlu memarahi adik ini?, tegur secara baik sahajalah."
 
Saya terus pergi mengambil wuduk kerana qamat sudah dilaungkan. sedang berselisih dgn adik ini, (melemparkan senyuman kepada adik ini sambil terdetik di hati, pasni nak borak lah dgn adik ini).
 
Selepas selesai tahiyat, terkejut, melihat adik ini di saff belakang sedang bersolat(hati berbicara : bagusnya, tidak ramai yang mahu bersolat di masjid). Selepas bacaan doa, kelibat adik ini tidak ada lg. (terdetik mungkin tiada rezeki nak borak).
 
Selepas selesai berbincang dengan imam & call pengerusi, sedang ingin memakai kasut, ternampak kembali adik ini memasuki masjid dgn basikalnya.
 
saya terus panggil,  di kala adk ini berhenti.
 
saya : "sapa nama?"
adk : "izwan"
saya : "sekolah dekat mana?"
adk : "sekolah kebangsaan bt berendam 2"
saya : "darjah berapa?"
adk : "darjah 5"
saya : "kelas?"
adk : "5 cemerlang 1" (terdetik di hati : pandai adik ni)
saya : "adik duduk kat mana?"
adk : "taman mas merah"
saya : "mak dan ayah keje?"
adk : "mak xkeje, ayah keje dekat Kedai Merah, masak tomyam"
saya : "adik suka main apa?"
adk : "suka main bola, basikal"
saya : "kawan-kawan adk mana?
adk : "mereka pergi main bola" (terfikir, mungkin kawannya tidak layan adik ini atau masa ini tidak ramai yang pergi ke masjid)
saya : "xpergi main dengan diorg?"
adk : "saya nak tlg jaga masjid, bersih2" (tersentak di hati, adk yg kecil ini sudah mengerti untuk membersihkan dan menjaga rumah Allah serta sudah tahu solat di masjid, sangat mengharukan).
 
adik izwan mempunyai sedikit ketidaksempurnaan pada gusi nya..
 
 
seorang yg sentiasa senyum dan petah untuk di ajak berborak, betul-betul menyentuh hati saya.
 
Ianya membuatkan saya berfikir.
Berapa banyakkah saya sudah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan? Ramai yg diuji dan hidup yg tidak mewah seperti saya, tapi masih boleh tersenyum gembira.
 
Berapa rmi anak-anak yang memerlukan kasih & sayang daripada ibu bapanya.
 
Berapa ramai yg mempunyai ilmu, tp tidak mempraktikkan ilmunya, tidak mengamalkannya dan tidak paham. (melihat anak kecil ini dimarahi oleh pakcik)
 
Berapa ramai org yg sayang akan masjid tp tidak sayang akan generasi yg akan dtg.. Solat dimana2 pun boleh solat, tp berapa ramai org yg hendak solat, faham perlunya solat?
 
Mari ikhwah & akhwat, ramai di luar menunggu kita untuk memberi mereka panduan. Jangan dibuai mimpi2 yg indah dengan dunia sehingga meninggalkan amal kita.
 
Di sanubari hati ku, berfikir, anak kecil ini, perlukan bimbingan supaya menjadi rijal yg dibanggakan, berapa ramai lg di luar sana yg menanti kita?
 
Kejarlah mimpi yg benar, bukan mimpi yg fatamorgana.  
Ya Allah jadikanlah aku hambamu yg bersyukur atas nikmatmu...
 
Adik kecil ini, saya berikan beg sandang kepadanya. Izwan tidak henti-henti melambai-lambikan tangannya sehingga terbaring, sambil melemparkan senyuman. ketika saya meninggalkan masjid. 
 
Ya Allah jadikan lah adik ini seorang yang tinggi di sisi engkau Ya Allah, bantulah ia Ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk adik ini. Amin ya rabbal a'lamin.
  
 

Sabtu, 30 April 2011

Malapetaka Ekonomi

Menghargai... kita bakal dihargai..

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera..

Kesibukan yang ada, membuat saya jarang untuk memulis. Maaf dipinta. Sedang cuba untuk memberikan masa yang terbaik untuk menulis/mengarang.

Mari kita renung seketika........ Berapa banyak kali kita menghargai orang dalam hidup kita sehari?? . percayakah kita, kita tidak hidup berseorang?, kita hidup memerlukan orang lain. Mereka yang sombong, bongkak, ujub sering merasakan merekalah yang hebat, tetapi tidakkah mereka fikir bahawa, mereka berjaya disebabkan oleh orang lain???? kita nak lulus exam, perlukan guru, kita nak beli kereta, perlukan salesman, kita nak naik bas, perlukan pemandu bas, kita nak rawat sakit, perlu jumpa doktor, hatta kalau renungkan diri kita yang kecil ini, kita memerlukan ayah dan ibu, untuk melahirkan kita dan yang paling besar, jika tidak Allah swt, kita tidak hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah, kita insan terpilih.

    Bagaimana untuk menghargai orang lain? Banyak cara, antaranya berterima kasih, menolong orang itu jika kesusahan, merapatkan hubungan persaudaraan, & banyak lagi. Tapi awas, perlu juga mengikhlaskn diri, kerana ada juga yang berpura-pura menghargai, tetapi sebaliknya menyombong diri. Melihatlah sesuatu perkara itu hendaklah dengan pandangan mata hati bukannya duniawi.

Lihatlah dengan pandangan mata hati. bagaimana makcik-makcik yang sudah lanjut umurnya, masih mencari duit, dengan mencuci tandas kita yang sisa buangan kita??..




 Bagaimana orang pemungut sampah yang seharian membersihkan sampah kita, yang kita asyik membuat sampah???



Sesungguhnya kerja-kerja mereka lebih mulia, walaupun kerja yang dipandang oleh anak-anak muda sekarang ini sebagai "no standard", kerana mereka mencari yang halal berbanding mereka yang bergaji tinggi tapi rasuah & sebagainya.

Akhir sekali,

Menghargai.. kita akan merendah diri...
Menghargai.. supaya kita tidak menyombong diri..
Menghargai... kerana manusia suka dihargai...
Menghargai... kita akan sama-sama mencintai..
Menghargai... kerana kerana hidup bukan seorang diri..
Menghargai.. supaya kita suka memberi...
Menghargai... supaya Allah sentiasa diingati..
Menghargai.. kita bakal dihargai..

"Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati & hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia Mahaperkasa, Maha pengampun" (Surah Al-Mulk: Ayat 1-2)

Yang baik datang daripada Allah,
Yang lemah datang daripada diri saya sendiri.
Moga kita sentiasa berada dalam RedhaNYA..
wassalam.

Sabtu, 5 Februari 2011

Sesuai...

Assalammualaikum & salam sejahtera

Pagi yang begitu sejuk dengan bunyi kicauan burung-burung diselangi dengan bunyi empat roda yang menjalankan rutin harian, ada yang menghantar anak dan ada yang mencari nikmat kurniaan Ilahi. Bercuti adalah suatu yang menyeronokkan, boleh berehat, boleh berjalan dan sebagainya. Tapi seorang daei cuti dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan bermatlamat untuk Allah.

Berminggu sudah, sebelum ini ,johor di terjah kerana ingin pergi menziarahi dan menolong abgku. Mendapat anak buah menimbulkan suatu perasaan yang gembira yang sukar digambarkan. Ada pada itu, terfikir sejenak sabda  Nabi SAW yang mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.
Berat sungguh tangungjawab ini, tetapi ramai yang mengendahkannya, saya juga mengingatkan diri saya juga.. Belajarlah. Melihat telatah masyarakat yang pelbagai latar belakang di johor, memang membuatkan saya banyak berfikir. Ada yang meniru "stail Barat", ada yang tidak mahu mencari pekerjaan, ada yang melepak di kaki-kaki jalan, ada yang megah tesergam indah perniagaannya, ada yang meninggalkan solat dan ada yang berniaga untuk mencari sesuap nasi. 
Percaturan Allah bagi setiap hambanya amat berbeza, sesuai pada setiap hambanya. Isu di negara Arab kian kedengaran, rakyat sudah mula menginginkan pemimpin yg adil, Alhamdulillah, umat Islam semakin sedar, tetapi yang ditakuti adalah ramai juga yang tidak sedar. Dunia diutamakan, akhirat dipandang sepi. Bagaimana ingin melahirkan pemimpin yang agung seperti Sultan Muhammad Al-Fateh jika ibu bapa sendiri pun tidak sedar, tidak ingin mengambil tahu dan buat-buat tak tahu tentang perihal akhirat. Moga-moga diberikan petunjuk kepada mereka.


Sebab itulah, kita perlu bermula dengan diri, perubahan perlu dilakukan, menjadi muslim yang sejati, bukan muslim yang mempunyai banyak perabot jati, menjadi keluarga muslim yang  hebat, bukan keluarga muslim yang  asyik berdebat, menjadi umat islamiyah, bukan jahiliyyah, menjadi kerajaan Islam yang agung, bukan kerajaan yang asyik dengan budaya rasuah yang agung, sekaligus akan dpat membina sistem khilafah, empayar Islam dan terjadinya ustaziatul alam. 


Biarlah dengan jalan yang panjang, asalkan melahirkan umat-umat yang berkualiti.. tanamkanlah sifat ingin melahirkan generasi-generasi Islam yang sejati. Amalkanlah Islam dalam kehidupan kita, seseungguhnya Islam agama yang syumul. "Maka berpegang teguhlah engkau kepada(agama) yang telah diwahyukan kepadamu.Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus." Surah Az-Zukhruf : ayat 43.


Muhasabah diri kita. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Manusia itu sesuai dengan agama yang diredhai oleh Tuhan-NYA(ISLAM).


Yang kurang dari diriku, yang baik semuanya datang dari ALLAH swt.


jzkk. 

Sabtu, 1 Januari 2011

Lepas bertunang

Baru balik daripada bermain badminton, sudah lama tidak menulis, kebetulan hari ini abg sedara bertunang.
Pertunangan keluargaku berturut-turut, merasakan diri masa begitu cepat berlalu, benarlah di dalam surah Al-Asr: Ayat 1-3  "Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan jalan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". 

Sebelum ini di kedah, menikmati pemandangan sawah padi yg luas terbentang ciptaan Allah swt. Subhanallah

Di sana yg mengagumkan, suraunya begitu penuh bila waktu maghrib dan isyak. Di sana pertunangan begitu "simple". 

Dari bandar yg penuh dengan kehijauan pemandangan bertukar kepada bangunan pencakar langit yang begitu tinggi, kehebatan dan kemajuan sebuah bandar. Perjalanan dari bandar Kuala Lumpur ke Klang. 

Subhanallah, daripada kuasa Allah swt yang Maha Agung, terlahirlah dan terjadilah sawah padi yg terbentang luas, bangunan yang boleh berdiri tegak dengan akal yang digunakan oleh manusia daripada pemberian yang empuNYA dunia. 

Tetapi, seungguhnya manusia itu sentiasa leka dan terpesona dengan nikmat yang dikurniakan. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"?(Surah Ar-Rahman). Mereka masih mengutamakan dunia daripada akhirat, solat ditinggalkan, Al-Quran diabaikan dan dunia diutamakan. 

Berbalik pada pertunangan, pada zaman sekarang unsur-unsur jahiliyyah atau barat sudah memasuki budaya kita tanpa disedari. Anak-anak muda sekarang, lebih cenderung untuk ber"couple". Sehinggakan "awek" dihalalkan oleh masyarakat kita. Ingatlah bahawa Allah mengigatkan kita bahawa "janganlah kamu menghampiri zina"(Surah Al-Isra: ayat 32) video ini sbg menambah pengetahuan http://www.youtube.com/watch?v=sq8NvaV1e3A. Orang yang bertunang pula seperti sudah bernikah. Saya mengingatkan diri saya juga, bahawa kita terlalu selesa sehingga kita tidak tahu apa yang telah dibuat orang musuh ISLAM terhadap kita. 

Ramai yang tidak mahu menerima, ramai mengatakan kolot!jangan lebih2 agama tapi xjaga hati orang buat apa!, Kan bagus dah kenal awal2 esk dah nikah senang! rrrr.. mls nk dengar!

Sedarlah kamu mencari cinta manusia, kamu mencari dunia, Siapa yang mengetahui matinya bile? apakah bekalan yang akan kamu bawa menghadap Tuhanmu? Siapa yang memberikan rezeki kepadamu, nafas, nyawa, tubuh yang sihat? Siapa yang memberikan kepadamu? 

Ramai manusia ego, tidak mahu mendengar yang baik, tetapi mahu mendengar yang tidak baik. Ramai yang sengaja tidak mahu berfikir, sedangkan mereka boleh berfikir. 

Ibu bapa sekarang menerima budaya ini sebagai satu benda yang baik, "kita kena ikut peredaran zaman" kata seseorang. Sehinggakan anak-anak yang inginkan perkara yang baik, bersusah payah untuk memberikan penjelasan kepada mereka. Perkara yang baik, dikatakan susah, malu, "nanti orang kata apa", lebih suka mendengar kata-kata tidak baik daripada orang daripada kata-kata TuhanNYA, lebih-lebih lagi banyak ajaran sesat yang timbul, lagi takut nak menerima perkara yang baik. 

Selidiklah, kajilah, berfikirlah, kamu akan mengetahuinya. Dan yang lebih penting Percayalah tentang apa yang dibawakan oleh Rasulullah SAW daripada Yang Maha Esa.

Saya ingin memetik kata2 Imam syahid hassan al-banna untuk renungan kita bersama:
Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:
“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya, anda pula siapa?”


Kita doakan kita mereka diberikan rahmat dan petunjuk Allah swt melihat apa yang mereka belum melihatnya. Moga-moga kita sentiasa dalam redhaNYA..

Yang baik daripada Allah swt, yang lemah daripada diriku yang lemah ini. 

jzkk.

Mari kita hayati video ini. 


Jumaat, 29 Oktober 2010

Kuala Lumpur



Salam,

Baru beberapa hari balek dari bandar dengan penuh popular dengan berada lama di jalan raya (Kuala Lumpur) setelah 1 minggu 2 hari kursus disana. Maaf kepada teman seperjuanganku(aizat) kerana tidak sempat ke jemputanmu. Badan ku tidak sihat sejurus pulang ke negeri bersejarah. Berada di sana semacam berada di negara luar maklumlah banyak jumpa mat saleh.:-)

Daripada renungan :

Hari-hari pergi ke tempat kursus melalui kawasan pub dan restaurant yang popular dan sesak pada malam hari. Sempat menjengah harga arak, RM 3.50 secawan yang terang-terang ditayangkan. Kembali mempersoalkan di minda, ni negara Islam ataupun bukan.

Harga memang cukup mahal dari segi makanan. Ekonomi semakin membangun, tetapi yang terus kaya, akan terus kaya, miskin akan terus miskin. 

Orang-orang yang bekerja dapat kelihatan dengan stail KL, tetapi itu tidak menjadi masalah, yang memusykilkan tidak nampak gaya hidup Islam dan Melayu terus nampak hilangnya. Yang ada budaya barat yang semakin membina di kalangan generasi muda.

1 minggu duduk di Bkt bintang, 2 hari lagi dekat KLCC, sempat pergi ke masjid asy-syakirin, subuh masih lengang seperti masjid-masjid yang lain. Bilakah pemuda-pemuda kita dapat memenuhkan masjid-masjid yang ada?? Adakah anda selalu ke masjid pada waktu subuh? jika tidak, mari sama-sama kita penuhkannya Mungkin susah untuk pergi, tapi saya yakin kita semua boleh, InsyaAllah 1 hari nanti masjid akan penuh..

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang kusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna" Surah Mu'minun : ayat 1-3

Bukan niat untuk memperburukkan orang di KL, xsemua sebegitu, ramai juga yang baik-baik. Tetapi sesuatu harus dilakukan kepada segelintir mereka, supaya acuan Islam kembali disemai di setiap sanubari kita semua. 

Ayuh marilah bersama-sama mengubah virus-virus yang dibawa Barat ke negara kita. Kekalkan jatidiri kita, tambahkan Iman dan Taqwa dalam diri masing-masing.

wassalam. 
   


Isnin, 4 Oktober 2010

Kita akan kembali kepadaNYA

    Salam, rutin harian ku, cuba memenuhi tuntutan Ilahi ke rumah Tuhanku, pada setiap waktu solat fardhu yang telah ditetapkan kepadaku, tapi susah jugak untuk mendapat penuh dalam setiap waktu kita berjemaah, moga-moga Tuhan menetapkan dan menguatkan aku serta semua orang agar sentiasa istiqamah melakukan ibadat kepadaNYA.

    Ketika aku selesai menunaikan solat fardhu maghrib dan solat sunat, aku ternampak seorang lelaki berbaju berwarna pink berjalan hampir kepadaku sambil memandangku, tidak lama memberhentikan langkahnya berdekatan, dan lalu menunaikan solat sunat. Aku sungguh terkejut melihat wajah pakcik itu, yang agak lama aku tidak kelihatan.

    Riak wajahnya, menampakkan tanda keuzuran usia yang semakin lanjut. Lantas mengigatkan aku kepada riak wajah bekas Bilal Taman aku yang meninggal ketika usia yang ramai tidak menyangka dia akan kembali kepada Allah swt. Satu-satunya bekas bilal yang memberikan ku semangat agar terus mengamalkan amalan-amalan murni dek masalah yang melanda sekarang, yang begitu ramai anak muda tidak ke masjid.


"Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."(surah al-A'raf: ayat 34)

Semakin, hari, usia makin meningkat, yang semalam tidak akan kembali, semoga kita sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dipanjangkan umur serta istiqamah melakukan ketaatan kepadaNYA dan mendapat mardhotillah daripada Yang Maha Esa.

Rabu, 15 September 2010

Sekolah Khas Pelajar Hamil

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekolah-khas-pelajar-hamil-dibuka-jumaat-ini/
 
Salam.


Pandangan


Kesan :
  1. Tidak memandang jijik perbuatan zina (hasil serangan pemikiran barat)
  2. Mindset Pelajar akan mengatakan perbuatan zina & anak luar nikah bukan  DOSA sebaliknya perkara yang boleh.
  3. Pelajar yang bercinta akan sanggup melakukan apa sahaja + tipu daya syaitan = anak luar nikah
  4. Pelajar yang mengandung anak luar nikah akan mengganggu pelajaran = gagal dlm pelajaran
  5. Ramai anak luar nikah yang lahir = Lahirlah generasi yang sukar dibentuk..
  6. Melahirkan ramai pelajar yang leka & terus terpesona dengan melakukan maksiat.
  7. Melahirkan ramai pelajar yang jauh dari agama dan banyak lagi maksiat & perbuatan jahat yang berlaku.
 Sebenarnya :
  1. Punca - Gejala zina go to Pergaulan Bebas go to anak luar Nikah. 
  2. Hukuman zina - Pezina perempuan dan pezina lelaki, deralah(sebat) masing-masing dari keduanya seratus kali(100), dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian; dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang beriman. Surah An-Nur :Ayat 2
  3. Perbuatan zina itu adalah (serangan pemikiran Barat) yang ingin menghancurkan bangsa dan agama Islam.
  4. Tujuan pelajar- belajar(ilmu dunia & akhirat) dan beramal sebanyak mungkin untuk membantu membangunkan agama Islam.

                                           ilmu sains & Islam
Penyelesaian :
  1. Membina generasi muda-mudi kita semula - menjadi fard muslim(individu muslim sejati) & kembali  kepada pemikiran Islam yang Tulen.
  2. Penguatkuasaan Undang-undang Islam (Undang-undang Allah bersifat mendidik & mencegah)
  3. Melawan gejala keracunan pemikiran Barat - dilawan dengan melahirkan generasi mempunyai pemikiran Islam sejati.. 
  4. Mempermudahkan cara untuk berkahwin (bagi belia) - ibu bapa seharusnya tidak menekankan adat tetapi memudahkan perkahwinan untuk anak-anak. 

     
  5. Memberi kefahaman terus menerus kepada masyarakat 'couple' is HARAM( salah 1 perbuatan zina) (salah satu agenda yahudi).
  6. Ibu bapa memberi didikan agama Islam yang sempurna untuk anak-anak mereka. Tidak tinggal juga ilmu dunia yang perlu untuk beramal di dunia. Ilmu Islam akan memandu Ilmu dunia menuju jalan yang diredhai ALLAH SWT. 

     

Akhir Kalam:

sama-sama kita saling ingat-mengingatkan, kerana kita sentiasa terleka. Agama Islam itu agama yang indah, agama yang memenuhi fitrah manusia. 
Hidup ini untuk Allah yang Maha Esa, kaya,miskin,berpangkat,tidak berpangkat,dato,datin,orang bandar, orang pedalaman, dan semuanya akan berbalik kepadaNYA.
Bila Islam dapat ditegakkan, maka kembalilah Tamadun Islam Hebat seperti dulu.
Sama-samalah berubah bagi menginkan RedhaNYA yang akan membawa kita kepada syurga yang kita impikan. insyaAllah. :-).

wassalam.