Assalammualaikum wbt.. hari ini, hari yang amat menyentuh jiwa saya.. Sudah lama tidak menulis kembali menulis selepas melalui kisah yang sangat menyentuh hati.
Alhamdulillah.. Hari ni ada misi ke masjid pulau samak untuk berjumpa dengan imam bagi berbincang mengenai program yg terdekat..
Sampai di sana, sedang membuka kasut, sesorang yang saya ingin jumpa kelihatan.
Seorang kanak-kanak istimewa, yang sebelum ini saya terlalu ingin jumpa, kelihatan. Memang tahu adik ini tinggal berdekatan masjid ini.
Ternampak adik ini sedang dimarahi oleh pakcik di masjid kerana baru lepas beri makanan kepada ikan.
Pakcik : "Buat apa makanan ikan tu!!"
adik : "Baru lepas beri makanan ikan, nak letak balek kat motor"
Pakcik: "Jangan Jatuh!!"
adik : "Baik pakcik"(terus melemparkan senyuman walaupun dimarah) sambil pergi meletakkan makanan ikan
Kejadian itu amat membuat saya tidak puas hati, timbul persoalan di hati,"kenapa perlu memarahi adik ini?, tegur secara baik sahajalah."
Saya terus pergi mengambil wuduk kerana qamat sudah dilaungkan. sedang berselisih dgn adik ini, (melemparkan senyuman kepada adik ini sambil terdetik di hati, pasni nak borak lah dgn adik ini).
Selepas selesai tahiyat, terkejut, melihat adik ini di saff belakang sedang bersolat(hati berbicara : bagusnya, tidak ramai yang mahu bersolat di masjid). Selepas bacaan doa, kelibat adik ini tidak ada lg. (terdetik mungkin tiada rezeki nak borak).
Selepas selesai berbincang dengan imam & call pengerusi, sedang ingin memakai kasut, ternampak kembali adik ini memasuki masjid dgn basikalnya.
saya terus panggil, di kala adk ini berhenti.
saya : "sapa nama?"
adk : "izwan"
saya : "sekolah dekat mana?"
adk : "sekolah kebangsaan bt berendam 2"
saya : "darjah berapa?"
adk : "darjah 5"
saya : "kelas?"
adk : "5 cemerlang 1" (terdetik di hati : pandai adik ni)
saya : "adik duduk kat mana?"
adk : "taman mas merah"
saya : "mak dan ayah keje?"
adk : "mak xkeje, ayah keje dekat Kedai Merah, masak tomyam"
saya : "adik suka main apa?"
adk : "suka main bola, basikal"
saya : "kawan-kawan adk mana?
adk : "mereka pergi main bola" (terfikir, mungkin kawannya tidak layan adik ini atau masa ini tidak ramai yang pergi ke masjid)
saya : "xpergi main dengan diorg?"
adk : "saya nak tlg jaga masjid, bersih2" (tersentak di hati, adk yg kecil ini sudah mengerti untuk membersihkan dan menjaga rumah Allah serta sudah tahu solat di masjid, sangat mengharukan).
adik izwan mempunyai sedikit ketidaksempurnaan pada gusi nya..
seorang yg sentiasa senyum dan petah untuk di ajak berborak, betul-betul menyentuh hati saya.
Ianya membuatkan saya berfikir.
Berapa banyakkah saya sudah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan? Ramai yg diuji dan hidup yg tidak mewah seperti saya, tapi masih boleh tersenyum gembira.
Berapa rmi anak-anak yang memerlukan kasih & sayang daripada ibu bapanya.
Berapa ramai yg mempunyai ilmu, tp tidak mempraktikkan ilmunya, tidak mengamalkannya dan tidak paham. (melihat anak kecil ini dimarahi oleh pakcik)
Berapa ramai org yg sayang akan masjid tp tidak sayang akan generasi yg akan dtg.. Solat dimana2 pun boleh solat, tp berapa ramai org yg hendak solat, faham perlunya solat?
Mari ikhwah & akhwat, ramai di luar menunggu kita untuk memberi mereka panduan. Jangan dibuai mimpi2 yg indah dengan dunia sehingga meninggalkan amal kita.
Di sanubari hati ku, berfikir, anak kecil ini, perlukan bimbingan supaya menjadi rijal yg dibanggakan, berapa ramai lg di luar sana yg menanti kita?
Kejarlah mimpi yg benar, bukan mimpi yg fatamorgana.
Ya Allah jadikanlah aku hambamu yg bersyukur atas nikmatmu...
Adik kecil ini, saya berikan beg sandang kepadanya. Izwan tidak henti-henti melambai-lambikan tangannya sehingga terbaring, sambil melemparkan senyuman. ketika saya meninggalkan masjid.
Ya Allah jadikan lah adik ini seorang yang tinggi di sisi engkau Ya Allah, bantulah ia Ya Allah. Sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik untuk adik ini. Amin ya rabbal a'lamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan