Isnin, 28 Disember 2009

kedai telco & post sudah mula beroperasi.....
 perkhidmatan :
  • bayaran bil-bil
  • pos laju & barangan pos
  • daftar streamyx & celcom broadband 
  • pembekal buku-buku sekolah dan alat tulis
  •  tempahan tiket kapal terbang air asia & mas
  • dan macam-macam ada.....
kunjungilah kedai kami!!!
untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi
  • 06-3571933
  • missdee_mercado@yahoo.com.my
  • hidhir_89@yahoo.com.my

Isnin, 16 November 2009

Adakah Umat Islam Bermasalah?

1Masalah yang dihadapi umat Islam kini bukan sekadar keruntuhan akhlak, kelalaian melaksanakan ibadah khusus, meringankan pelaksanaan upacara agama atau meniru-niru nilai asing. Namun masalah yang utama dan yang terbesar adalah sama ada manusia beriman atau tidak kepada Allah dan prinsip-prinsip keimanan yang lain. Permasalahan inilah yang menentukan sama ada Islam dapat terus hidup atau ditinggalkan usang tanpa dipelihara.


Islam dan umatnya diserang

Al-Islam adalah risalah daripada Allah SWT. Kini Islam bertembung dengan nilai barat dan timur yang bercirikan jahiliah. Keangkuhan fahaman athies pula telah berdiri di pihak penentang syari’at Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Jiwa dan pemikiran umat Islam sepanjang abad lalu menjadi mangsa buruan pihak musuh Islam. Musuh telah memainkan peranan penting meruntuhkan nilai-nilai Islam dan mengetengahkan nilai-nilai batil dengan berbagai-bagai cara. Selama ini umat Islam hanya menjadi penonton menyaksikan keruntuhan itu. Umat Islam tidak mempedulikan segala fitnah yang dijalankan oleh musuh.

Masa Umat Yang Terbuang

Umat Islam tidak berusaha untuk memahami cara musuh mengambil peluang dan menjalankan usaha memesongkan pemikiran mereka. Umat Islam tidak menyelidiki dan meneliti falsafah barat, falsafah timur dan cara hidup mereka secara kritikal. Masa Umat Islam telah terbuang selama beberapa abad membicarakan perkara remeh-temeh. Persoalan aqidah yang terancam dilupakan sehingga lahirlah satu generasi yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang begitu tipis terhadap Islam yang sebenar.

Anggapan Yang Salah

Sebahagian besar masa dan tenaga umat telah ditumpukan kepada hal ehwal politik dan yang berkaitan dengannya semata-mata. Hal ini terjadi kerana meluasnya anggapan bahawa keimanan umat telah kukuh dan teguh. Juga luasnya anggapan bahawa kepimpinan dan pemerintahan sudah berada di tangan orang Islam yang dikatakan bertanggung jawab untuk membangunkan ummah.


Hakikat Sebenar

Namun bukan itulah yang berlaku dan jauh dari hakikat sebenar. Umat Islam yang dikatakan teguh dengan keimanan itu sedang mengalami keruntuhan moral dan rohani yang tenat. Umumnya, mereka yang dikatakan berpendidikan dan berpengaruh telah terpesong imannya dan dipengaruhi serta diresapi nilai-nilai jahiliah. Meskipun mereka mendakwa beriman dan berada di dalam Islam. Mereka menjadi penentang aqidah Islam dengan menyatakan bahawa nilai-nilai barat mesti digunakan untuk membentuk masyarakat. Jika tidak berbuat demikian, kehidupan masa hadapan masyarakat dikatakan tidak terjamin.

Berasaskan semangat ini mereka memproses dan mengembangkan cara hidup jahiliah di hadapan umat Islam. Mereka menjerumuskan umat ke lembah athies, cintakan dunia dan takutkan mati. Ada di kalangan mereka yang melakukan proses ini secara agresif dan juga yang melakukannya secara beransur-ansur. Namun matlamat mereka tetaplah satu…..

Rujukan:
At-Ta’rif

sumber:pembina.com.my

Selasa, 6 Oktober 2009

l

Harapan PadaMu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini