Sabtu, 1 Januari 2011

Lepas bertunang

Baru balik daripada bermain badminton, sudah lama tidak menulis, kebetulan hari ini abg sedara bertunang.
Pertunangan keluargaku berturut-turut, merasakan diri masa begitu cepat berlalu, benarlah di dalam surah Al-Asr: Ayat 1-3  "Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan jalan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". 

Sebelum ini di kedah, menikmati pemandangan sawah padi yg luas terbentang ciptaan Allah swt. Subhanallah

Di sana yg mengagumkan, suraunya begitu penuh bila waktu maghrib dan isyak. Di sana pertunangan begitu "simple". 

Dari bandar yg penuh dengan kehijauan pemandangan bertukar kepada bangunan pencakar langit yang begitu tinggi, kehebatan dan kemajuan sebuah bandar. Perjalanan dari bandar Kuala Lumpur ke Klang. 

Subhanallah, daripada kuasa Allah swt yang Maha Agung, terlahirlah dan terjadilah sawah padi yg terbentang luas, bangunan yang boleh berdiri tegak dengan akal yang digunakan oleh manusia daripada pemberian yang empuNYA dunia. 

Tetapi, seungguhnya manusia itu sentiasa leka dan terpesona dengan nikmat yang dikurniakan. "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"?(Surah Ar-Rahman). Mereka masih mengutamakan dunia daripada akhirat, solat ditinggalkan, Al-Quran diabaikan dan dunia diutamakan. 

Berbalik pada pertunangan, pada zaman sekarang unsur-unsur jahiliyyah atau barat sudah memasuki budaya kita tanpa disedari. Anak-anak muda sekarang, lebih cenderung untuk ber"couple". Sehinggakan "awek" dihalalkan oleh masyarakat kita. Ingatlah bahawa Allah mengigatkan kita bahawa "janganlah kamu menghampiri zina"(Surah Al-Isra: ayat 32) video ini sbg menambah pengetahuan http://www.youtube.com/watch?v=sq8NvaV1e3A. Orang yang bertunang pula seperti sudah bernikah. Saya mengingatkan diri saya juga, bahawa kita terlalu selesa sehingga kita tidak tahu apa yang telah dibuat orang musuh ISLAM terhadap kita. 

Ramai yang tidak mahu menerima, ramai mengatakan kolot!jangan lebih2 agama tapi xjaga hati orang buat apa!, Kan bagus dah kenal awal2 esk dah nikah senang! rrrr.. mls nk dengar!

Sedarlah kamu mencari cinta manusia, kamu mencari dunia, Siapa yang mengetahui matinya bile? apakah bekalan yang akan kamu bawa menghadap Tuhanmu? Siapa yang memberikan rezeki kepadamu, nafas, nyawa, tubuh yang sihat? Siapa yang memberikan kepadamu? 

Ramai manusia ego, tidak mahu mendengar yang baik, tetapi mahu mendengar yang tidak baik. Ramai yang sengaja tidak mahu berfikir, sedangkan mereka boleh berfikir. 

Ibu bapa sekarang menerima budaya ini sebagai satu benda yang baik, "kita kena ikut peredaran zaman" kata seseorang. Sehinggakan anak-anak yang inginkan perkara yang baik, bersusah payah untuk memberikan penjelasan kepada mereka. Perkara yang baik, dikatakan susah, malu, "nanti orang kata apa", lebih suka mendengar kata-kata tidak baik daripada orang daripada kata-kata TuhanNYA, lebih-lebih lagi banyak ajaran sesat yang timbul, lagi takut nak menerima perkara yang baik. 

Selidiklah, kajilah, berfikirlah, kamu akan mengetahuinya. Dan yang lebih penting Percayalah tentang apa yang dibawakan oleh Rasulullah SAW daripada Yang Maha Esa.

Saya ingin memetik kata2 Imam syahid hassan al-banna untuk renungan kita bersama:
Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:
“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya, anda pula siapa?”


Kita doakan kita mereka diberikan rahmat dan petunjuk Allah swt melihat apa yang mereka belum melihatnya. Moga-moga kita sentiasa dalam redhaNYA..

Yang baik daripada Allah swt, yang lemah daripada diriku yang lemah ini. 

jzkk.

Mari kita hayati video ini.