Hampir sebulan telah berlalu sejak kapal Mavi Marmara diserang.
Serangan yang menyaksikan umat Islam di Malaysia
bahkan di seluruh dunia bangkit untuk menyatakan
penentangan terhadap kekejaman rejim Zionis.

Namun kini tumpuan dunia beralih dari Gaza ke Afrika Selatan,
tidak terkecuali sebahagian besar dari umat Islam.
Dunia seluruhnya dari Amerika Selatan ke Korea Utara,
seluruh dunia ibarat berpesta. Adalah diharapkan agar dalam
keasyikan kita menonton Piala Dunia, kita tidak melupakan
tragedi dan kepungan yang menimpa rakyat Gaza ketika ini.

Jika Piala Dunia dilihat mampu menyatukan banyak bangsa manusia
dalam satu permainan atas nama semangat kesukanan, isu Palestin
dilihat antara titik terbaik untuk menyatukan umat Islam seluruhnya
atas nama persaudaraan Islam.

Ini kerana kita berhadapan dengan musuh yang sama iaitulah Zionis Israel
dan konco-konconya yang tidak pernah berhenti rehat dalam menyerang
umat Islam sama ada secara fizikal mahupun melalui serangan pemikiran.

Untuk menghadapi serangan ini dan bagi membantu saudara-saudara kita
di sana, umat Islam di Malaysia harus menanggalkan seketika topi
politik kepartian dan cuba mencari titik kesepakatan untuk bekerjasama bagi
membantu Palestin dan bagi menghadapi serangan pemikiran yang ditaja
oleh penyokong-penyokong rejim Zionis bagi melemahkan umat Islam.

Bukan sahaja dalam isu Palestin, tetapi umat Islam di Malaysia, secara khusus
bangsa Melayu harus berfikir di luar kotak politik bagi melihat kembali kedudukan
umat Melayu Islam yang mutakhir ini kian lama kian terancam akibat terjerumus
dalam permainan politik pihak-pihak tertentu.

Dikhuatiri, jika semakin lama umat Melayu terlibat dalam persengketaan politik
yang tidak berkesudahan, maka tidak mustahil jika nasib yang menimpa umat Islam
di Bosnia dan Palestin akhirnya akan menimpa umat Melayu di Malaysia ini.

Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif,
Unit Media ISMA Kedah
Unit Media ISMA Kedah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan