Khamis, 24 Jun 2010

Konvensyen Wanita Islam Nasional


Tempat:  Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson
Yuran: Pelajar – RM35
Dewasa – RM70
Tarikh tutup penyertaan: 17 Julai 2010
Daftar Segera! Jangan Lepaskan Peluang Ini

Mavi Marmara, Piala Dunia dan Melayu



Hampir sebulan telah berlalu sejak kapal Mavi Marmara diserang.
Serangan yang menyaksikan umat Islam di Malaysia
bahkan di seluruh dunia bangkit untuk menyatakan
penentangan terhadap kekejaman rejim Zionis.
Namun kini tumpuan dunia beralih dari Gaza ke Afrika Selatan,
tidak terkecuali sebahagian besar dari umat Islam.
Dunia seluruhnya dari Amerika Selatan ke Korea Utara,
seluruh dunia ibarat berpesta. Adalah diharapkan agar dalam
keasyikan kita menonton Piala Dunia, kita tidak melupakan
tragedi dan kepungan yang menimpa rakyat Gaza ketika ini.
Jika Piala Dunia dilihat mampu menyatukan banyak bangsa manusia
dalam satu permainan atas nama semangat kesukanan, isu Palestin
dilihat antara titik terbaik untuk menyatukan umat Islam seluruhnya
atas nama persaudaraan Islam.
Ini kerana kita berhadapan dengan musuh yang sama iaitulah Zionis Israel
dan konco-konconya yang tidak pernah berhenti rehat dalam menyerang
umat Islam sama ada secara fizikal mahupun melalui serangan pemikiran.
Untuk menghadapi serangan ini dan bagi membantu saudara-saudara kita
di sana, umat Islam di Malaysia harus menanggalkan seketika topi
politik kepartian dan cuba mencari titik kesepakatan untuk bekerjasama bagi
membantu Palestin dan bagi menghadapi serangan pemikiran yang ditaja
oleh penyokong-penyokong rejim Zionis bagi melemahkan umat Islam.
Bukan sahaja dalam isu Palestin, tetapi umat Islam di Malaysia, secara khusus
bangsa Melayu harus berfikir di luar kotak politik bagi melihat kembali kedudukan
umat Melayu Islam yang mutakhir ini kian lama kian terancam akibat terjerumus
dalam permainan politik pihak-pihak tertentu.
Dikhuatiri, jika semakin lama umat Melayu terlibat dalam persengketaan politik
yang tidak berkesudahan, maka tidak mustahil jika nasib yang menimpa umat Islam
di Bosnia dan Palestin akhirnya akan menimpa umat Melayu di Malaysia ini.
Oleh: Mohd Hisham Mohd Sharif,
Unit Media ISMA Kedah

Hari Keluarga Isma Melaka

Sabtu, 19 Jun 2010

Sihir Piala Dunia


SIHIR PIALA DUNIA 2010

[SN222]
 Siapa tidak tahu kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung sekarang? Dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas, baik lelaki mahupun wanita, tanpa mengira keturunan, pangkat, kaya atau papa, boss atau drebar, baik mereka yang tinggal di singgahsana kekuasaan yang serba mewah mahupun mereka yang tidur hanya beratapkan langit, baik mereka yang tinggal di negara maju mahupun mundur, malah tidak keterlaluan jika dikatakan hampir kesemua penduduk bumi tahu akan kejohanan yang berlangsung empat tahun sekali ini. Begitulah hebatnya Piala Dunia, ibarat sihir yang memukau seluruh manusia! Apa yang menyedihkan kita ialah terdapat begitu ramai dari kalangan umat Islam yang turut terkena sihir ini. Berapa ramai yang matanya terpaku di depan televisyen dan lidah mereka akan dibasahi dengan ‘zikir’ bola sepak setiap pagi, petang dan malam. Setiap Muslim pencinta bola tidak leka dan lalai dari mengetahui perkembangan perlawanan. Rasanya tidak afdhal jika tidak berbicara tentang bola di dalam setiap pertemuan dengan kawan-kawan.

Oleh : hizbut tahrir malaysia


Lagi : http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN222_Sihir_Piala_Dunia.pdf

Rabu, 16 Jun 2010

mahrojan nazim kebangsaan

Pelbagai acara menarik akan dipertandingkan, antaranya hafazan, bercerita, pidato, choral speaking dan nasyid

Selasa, 8 Jun 2010

Sekitar Aktiviti KRIM Pertengahan Tahun



Bantu Palestin

Aktiviti Bantu Rakyat Palestin


Aman Palestin menjemput masyarakat menyertai konvoi kemanusiaan ke gaza
maklumat lanjut : www.amanpalestin.net





Jumaat, 4 Jun 2010

Bangun dari Lamunan

Sudahkah kita bersedia???


Misi bantuan ke yang diikuti oleh wakil daripada Malaysia yang menaiki kapal Marri Marvana diserang oleh tentera zionis dan seterusnya menawan kapal tersebut seterusnya mengalihkan arah peraliran kapal tersebut dari memasuki Gaza... Dengan tercetusnya tindakan yang dilakukan oleh yahudi, lagi menampakkan kekejaman yang telah dilakukan oleh mereka ke atas bangsa Islam di palestin sejak sekian lama..

Dimanakah kita?

 Di Pub?


Di atas jalan raya?


Di tepi jalan?


Kenapa mereka masih lagi tidak mengambil peduli hal saudara kita di sana?
Mungkinkah tidak ada rasa simpati lagi di dalam diri masyarakat kita?

fikir-fikirkan lah jika kita di tawn seperti di Gaza , kita juga mengharapkan bantuan dari luar..
Ade juga menyatakan buang masa saja kita hantar bantuan naik kapal, pastu kena sekat dengan Israel.. Yang pasti mereka mempunyai usaha untuk membantu anda Bagaimana?

Bantuan setakat yang termampu, jika hanya mampu derma 5 sen, silakan, jika mampu memberi yang lebih banyak, silakan, insyaAllah semuanya akan diterima oleh NYA...



Isu ini bukan isu yang baru tetapi isu yang lama , oleh itu peranan kita semua untuk menyebarkan selalu kepada masayarakat, supaya ianya tidak hanya sekejap sahaja malah berterusan sehingga Gaza dibebaskkan dan zionis dihancurkan. Bangunlah wahai saudaraku, tingkatkan keimanan kerana dengan Islam sahaja kita boleh berjaya.. wassalam..