Jumaat, 14 Mei 2010

Seminar Dokumentari dan Motivasi "Hari Ini dan Semalam"

Seminar Dokumentari dan Motivasi “Hari Ini dan Semalam”

      Berlangsung pada 8 mei 2010 Persatuan Belia Islam Malaysia Cawangan Melaka telah mengadakan satu Seminar Dokumentari dan Motivasi Hari Ini dan Semalam yang telah diadakan di Pusat Islam An-nur Politeknik Merlimau Melaka. Seminar ini disampaikan oleh saudara Lukman Al-Hakim bin Muhammad selaku pengerusi PEMBINA cawangan Melaka. Seminar ini bertujuan untuk menerangkan kepada para peserta tentang sejarah umat Islam yang kian sepi juga untuk menimbulkan kesedaran kepada para peserta mengenai tanggungjwab kita di atas muka bumi ini. Seminar ini di hadiri lebih 40 peserta lelaki dan perempuan yang juga disertai oleh pensyarah daripada jabatan lain dari politeknik merlimau. Seminar yang bermula jam 8.30 pagi berakhir pada 1.00 petang. Peserta yang hadir amat tertarik dengan topik yang dibentangkan terutamanya apabila penceramah menunjukkan beberapa video yang menarik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan