Salam...
Piala Thomas 2010 sudah habis, china mendominasi kemenangan akhir menentang indonesia 3-0 begitu juga menewaskan malaysia. Memang ramai yang menyatakan china sukar untuk ditandingi, persiapan yang secukupnya dan kelebihan dari segi mental, fizikal dan teknik begitu kata taufik hidayat ketika ditewaskan lin dan. Saya masih lagi optimis bahawa malaysia boleh menang untuk akan datang, tetapi satu R&D perlu dibangunkan di dalam skuad negara itu sendiri bagi memperoleh pelapis lagi hebat malah setanding dengan china. Yang menarik perhatian saya, bahawa china berusaha bersungguh untuk membangunkan dan merangka strategi bagi membangunkan skuadnya.
Begitu juga dengan agama kita untuk mencuri perhatian orang dengan agama Islam kita, perlulah ada strategi dan bersungguh untuk berdakwah dan menunjukkan kita seorang Fard Muslim ( individu muslim yang hakiki ). Supaya kita boleh melahirkan rijal-rijal yang hebatnya seperti pemain china yang ada sekarang, amat digeruni lawan(orang kafir). Islam menyelesaikan masalah kemelut sosial dikalangan generasi kita, oleh itu, kembalilah kepada Islam yang sudah kian asing.
artikel ini di tulis sekitar jam 3.00 pg, esk nk exm... memang x betul.. time ni dpt idea.. haha..
dunia hanya satu destinasi mengumpul kebaikan untuk ke alam yang kekal kelak..
Ahad, 16 Mei 2010
Sabtu, 15 Mei 2010
Isma Kesal tindakan kerajaan lulus lesen pertaruhan dunia
I
Bandar Baru Bangi, 14 Mei – “Kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri dengan meluluskan pemberian lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya,” demikian tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani tidak bertempat, beliau seterusnya menambah “Tindakan ini seolah-olah sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam.”
Ustaz Abdullah Zaik seterusnya mempersolkan, “Apakah bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?”
“ISMA dengan ini merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja,” tambahnya lagi.
Berikut adalah kenyataan penuh daripada ISMA:
ISMA BERANGGAPAN KERAJAAN TELAH MELAKUKAN KESILAPAN SERIUS DENGAN MELULUSKAN LESEN PERTARUHAN SEMPENA PIALA DUNIA
Tindakan kerajaan meneruskan keputusan memberikan lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA milik Vincent Tan merupakan satu sikap berani yang tidak bertempat. Walaupun ia dibantah oleh banyak pihak, kerajaan belum menunjukkan tanda akan menarik balik keputusan itu.
Ini kerana kerajaan dengan tindakan tersebut, seperti sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam. Adalah sangat memalukan perkara seperti ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang majoritinya beragama Islam.
Kerajaan dengan itu telah menguburkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap dirinya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai dan diberi mandat untuk mempertahankan agama dan maruah umat Islam.
ISMA merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja.
Adakah keuntungan besar yang diharapkan oleh kerajaan daripada sumber pendapatan yang haram telah menjadikannya tersasar dari norma sebagai sebuah pemerintah yang berintegriti?
Bagi ISMA ia bukan sekadar haram tetapi yang lebih berbahaya dari itu ialah kerajaan sendiri yang sepatutnya beramanah dalam menjaga dan memelihara kepentingan umum telah sanggup mencariknya dengan pulangan yang tidak seberapa.
Apa bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?
ISMA beranggapan kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri.
Yang benar,
Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA
Presiden,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA
Jumaat, 14 Mei 2010
Seminar Dokumentari dan Motivasi "Hari Ini dan Semalam"
Seminar Dokumentari dan Motivasi “Hari Ini dan Semalam”
Langgan:
Catatan (Atom)