Sabtu, 5 Februari 2011

Sesuai...

Assalammualaikum & salam sejahtera

Pagi yang begitu sejuk dengan bunyi kicauan burung-burung diselangi dengan bunyi empat roda yang menjalankan rutin harian, ada yang menghantar anak dan ada yang mencari nikmat kurniaan Ilahi. Bercuti adalah suatu yang menyeronokkan, boleh berehat, boleh berjalan dan sebagainya. Tapi seorang daei cuti dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan bermatlamat untuk Allah.

Berminggu sudah, sebelum ini ,johor di terjah kerana ingin pergi menziarahi dan menolong abgku. Mendapat anak buah menimbulkan suatu perasaan yang gembira yang sukar digambarkan. Ada pada itu, terfikir sejenak sabda  Nabi SAW yang mafhumnya:

“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) seperti kain putih, ibu-bapalah yang mencorakkannya samada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani.
Berat sungguh tangungjawab ini, tetapi ramai yang mengendahkannya, saya juga mengingatkan diri saya juga.. Belajarlah. Melihat telatah masyarakat yang pelbagai latar belakang di johor, memang membuatkan saya banyak berfikir. Ada yang meniru "stail Barat", ada yang tidak mahu mencari pekerjaan, ada yang melepak di kaki-kaki jalan, ada yang megah tesergam indah perniagaannya, ada yang meninggalkan solat dan ada yang berniaga untuk mencari sesuap nasi. 
Percaturan Allah bagi setiap hambanya amat berbeza, sesuai pada setiap hambanya. Isu di negara Arab kian kedengaran, rakyat sudah mula menginginkan pemimpin yg adil, Alhamdulillah, umat Islam semakin sedar, tetapi yang ditakuti adalah ramai juga yang tidak sedar. Dunia diutamakan, akhirat dipandang sepi. Bagaimana ingin melahirkan pemimpin yang agung seperti Sultan Muhammad Al-Fateh jika ibu bapa sendiri pun tidak sedar, tidak ingin mengambil tahu dan buat-buat tak tahu tentang perihal akhirat. Moga-moga diberikan petunjuk kepada mereka.


Sebab itulah, kita perlu bermula dengan diri, perubahan perlu dilakukan, menjadi muslim yang sejati, bukan muslim yang mempunyai banyak perabot jati, menjadi keluarga muslim yang  hebat, bukan keluarga muslim yang  asyik berdebat, menjadi umat islamiyah, bukan jahiliyyah, menjadi kerajaan Islam yang agung, bukan kerajaan yang asyik dengan budaya rasuah yang agung, sekaligus akan dpat membina sistem khilafah, empayar Islam dan terjadinya ustaziatul alam. 


Biarlah dengan jalan yang panjang, asalkan melahirkan umat-umat yang berkualiti.. tanamkanlah sifat ingin melahirkan generasi-generasi Islam yang sejati. Amalkanlah Islam dalam kehidupan kita, seseungguhnya Islam agama yang syumul. "Maka berpegang teguhlah engkau kepada(agama) yang telah diwahyukan kepadamu.Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus." Surah Az-Zukhruf : ayat 43.


Muhasabah diri kita. Semoga kita sentiasa dalam rahmatNYA. Manusia itu sesuai dengan agama yang diredhai oleh Tuhan-NYA(ISLAM).


Yang kurang dari diriku, yang baik semuanya datang dari ALLAH swt.


jzkk.